Khamis, 3 April 2014

IBU RATU HATI KU

RINDU SEORANG ANAK UNTUK IBU




                        Saya terpanggil untuk berkongsi tentang ibu...di mana saya melihat sendiri bagaimana seorang ibu itu melalui saat-saat duka dalam melalui kehidupannya...Ibu, seorang wanita yang bermartabat dan tinggi pekertinya...dia yang melahirkan, mengasuh, dan membelai hingga ke hayat yang terakhir...Aku melihat sendiri bagaimana seorang ibu terpaksa melalui tekanan sendirian...melalui kehidupan yang tiada penghujung ujiannya..Walau disakiti, dikecewakan, dan dihimpit dengan dugaan..seorang ibu akan tetap tabah melaluinya..

                 
                     Kadang kala aku terfikir...bagaimana seorang anak mampu meninggalkan seorang ibu yang kesepian dan keseorangan...sedangkan seorang anak sedang berbahagia dan sering kali menikmati keseronokan nun jauh sana? kadang kala aku terfikir...mengapa seorang anak mampu meninggalkan seorang ibu tanpa khabar berita walau setiap hari??minggu??apatah lagi berbulan dan bertahun lamanya??Sedangkan ibu semakin meniti hari-hari tuanya...mungkin dari luarannya amat bijak menyembunyikan sayu dihati...tapi, siapa kita untuk menyelami naluri seorang ibu yang inginkan belaian dan perhatian??? Sedarkah kita sebagai seorang anak...kita tidak mampu melawan takdir bila ibu kita akan pergi meninggalkan kita...


                     Selalu kita sebagai anak mempertahankan kehidupan kita...menyatakan bahawa kita mencari sesuap nasi dan mencari sebuah kejayaan yang mampu memberi kehidupan dan kebahagian kepada insan yang bergelar ibu...Seringkali kita mempertahankan bahawa kita sebagai anak wajib "bertapa" untuk mencari sesuap nasi demi ibu...Namun, sedarkah kita...bahawa setelah sekian lamanya kita telah melukai hati ibu...Kita menggunakan ruang masa yang terlalu banyak untuk menjarakkan hubungan dengan ibu.. yang sepatutnya kita gunakan waktu itu untuk membuat ibu tersenyum dihadapan kita..sedarkah bahawa kita hanya berkongsi rasa kasih dan sayang tidak sampai sehari dalam seminggu bersama ibu dan selebihnya kita lebih sanggup menumpukan kehidupan duniawi semata-mata...

               Sedangkan, seorang ibu tidak sanggup melihat seekor nyamuk pun hinggap dikulit bayi ketika kita kecil dulu...Sedangkan seorang ibu tahu bagaimana perasaan kita disaat kita kecewa, putus asa dan diuji dengan pelbagai kesilapan kita sendiri....Sedangkan seorang ibu sentiasa menanti kepulangan kita...Sedangkan seorang ibu sentiasa bimbang tentang kita...


                " Sesungguhnya, seorang ibu hanya memerlukan belaian dan rasa difahami...dan tidak ada yang lebih daripada itu...Sesungguhnya ibu adalah anugerah yang terindah dalam kehidupan ini...Doakan ibu...ingatlah ibu....kerana walau sesibuk mana pun seorang ibu..dihati dan ingatannya hanya ada kita..."



1 ulasan: