Tidak semua impian itu mampu dicapai...mungkin ia memerlukan sebuah pengorbanan yang besar...kesabaran...dan kekuatan mental yang tinggi..tapi, tidak semua mampu melalui semua itu. Dan satu yang pasti adalah sentiasa memahami dan mengingati bahawa dari manakah kita "bermula" sejak dilahirkan? siapakah yang mewujudkan kita?
Melalui kesedaran inilah maka kita akan mampu menguasai kehidupan kita...melalui kesedaran inilah maka kita akan lebih bersyukur untuk melalui sisa-sisa kehidupan di dunia ini...walaupun melalui saat-saat yang mengecewakan...kerana kita mula sedar bahawa "kehidupan yang simple" itu juga melayakkan kita untuk menikmati kehidupan yang bahagia...bukan hanya melalui impian-impian yang terkandas...dan yang paling penting nikmat syukur itu akan lebih menyedarkan kita agar lebih menghargai kehidupan orang lain..ibu bapa, sahabat, dan orang lain yang banyak berjasa terhadap kita..
Dan apabila hidup kita lebih memahami erti "menghargai"..maka kita akan mula sedar betapa singkat kehidupan ini dalam memperbaiki hubungan sesama manusia...kita mula sedar betapa indah dunia ini jika disulami dengan erti kasih sayang, kesederhanaan, dan yang paling penting ikhlas dan sentiasa bersyukur...
"Tanpa rasa syukur itu...hidup tidak akan bermakna..dan tidak pula menemukan kita kepada sesuatu yang "baik" di dunia yang sementara ini "
auh,OMG....
BalasPadam