Selasa, 22 April 2014

BEDAK NATURAL WHITENING THANAKA



<3  <3 PRODUK TERBAIK UNTUK ANDA YANG MENGINGINKAN KULIT CANTIK, PUTIH, DAN MULUS!!!  <3 <3


D.E.A (Danish Empire Associates) iaitu syarikat milik keluarga pelakon terkenal, NOra Danosh telah memasarkan produk bedak tanaka ini. Malah,Nora sendiri menggunakannya..

Tanaka Powder adalah berasal dari pokok tanaka yg digunakan oleh orang - orang Myanmar sebagai penjagaan wajah dan badan mereka dari jerawat, jeragat dan sinaran matahari. 



KELEBIHAN:

mengecutkan jerawat, menghaliskan kulit, mencerah, menghilangkan jeragat, melembut, menyejuk, mengurangkan minyak, dan melindungi kulit drp terik panas ..



CARA MENGGUNAKAN:
 Untuk jadikan sebagai foundation cuma sapukan bedak tanaka secara nipis dan rata ke seluruh wajah menggunakan jari atau span muka.

*TIPS:
Renjiskan sedikit air pada wajah sebelum dicalit bedak agar sapuan licin dan nipis.
Untuk jadikan sebagai bedak sejuk cuma basahkan jari atau ambil sedikit bedak tanaka, letakkan ke dalam piring. Campurkan ia dengan sedikit air (usah terlalu pekat/cair), kemudian sapu kan ke wajah. Biar kering 30 minit sebelum di scrub/cuci. Boleh juga di pakai sepanjang malam sewaktu tidur sebelum dicuci keesokannya.





HARUMAN TANAKA TERDAPAT DALAM 4 JENIS...

pink - bau rose hijau - bau lemoncream - bau original tanakaputih - bau jasmine





*PENGHANTARAN PERCUMA !!!







BERMINAT PM SEKARANG di FACEBOK: Juvita James Jiun @ tel: 011-31444866




Jumaat, 11 April 2014

ADAT KEMATIAN KAUM BAJAU DI SABAH...SEJARAH ITU 'INDAH' KERANA 'NILAI'NYA...


SEJARAH ITU 'INDAH' KERANA NILAINYA.... Selamat Membaca :D

PENGENALAN
            Pada tahun 1975, Suku Bajau berjumlah 95.484 dan merupakan kumpulan orang asli yang kedua terbesar di Sabah selepas dusun / Kadazan. Pada asalnya, mereka adalah pelaut daripada beberapa kumpulan kerabat seperti Iranun, Ubian, Binadan, Suluk dan kaum minoriti lain yang lebih kecil dengan adat dan asal-usul budaya yang serupa. Rakyat Bajau terkenal dengan kemahiran tenunan dan jahitan mereka. Suku kaum Bajau banyak terdapat di negeri Sabah. Suku kaum Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan Borneo sejak berabad-abad lamanya dan sejak kewujudan bangsa Melayu di Nusantara kerana suku kaum Bajau adalah serpihan Melayu gelombang kedua yang datang ke Nusantara. Suku Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Samah Pantai Barat yang menetap di sekitar Putatan, Tuaran, Kota Marudu , Kota Belud dan Papar. Manakala Orang Bajau Pantai Τimur pula menetap di sekitar Κudat, Ѕandakan, Lahad Datu, Κunak, Semporna danTawau. Bajau Samah yang berasal daripada daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat di kenali di seluruh dunia sebagai 'cowboy of the east' kerana kemahiran dan kecekapan mereka dalam menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya. Namun, adat yang masih diamalkan oleh kebanyakan suku Bajau sehingga sekarang adalah adat kematian. Dalam adat kematian suku kaum Bajau ini, terdapat lima peringkat yang terlibat dalam proses pengurusan jasad si mati.

Konsep Kematian Suku Kaum Bajau
            Mengikut kepercayaan kaum Bajau, orang yang telah meninggal akan meneruskan kehidupan yang seterusnya di alam baqa’ kelak. Oleh itu, baik dan buruk nasib si mati setelah kematiannya akan ditentukan oleh dua faktor iaitu faktor kelakuan si mati di dunia dan faktor cara pengebumian atau pengurusan jasad si mati. Bagi faktor kelakuan di dunia, kelakuan si mati sepanjang hidupnya sama ada baik atau buruk akan menentukan kehidupan si mati di alam baqa’ kelak.

Adat Balu- Balu
            Dalam masyarakat kaum Bajau di Sabah telah wujud pengkategorian terhadap sesebuah masyarakat. Pengkategorian tersebut adalah kelompok datu, kelompok biasa, dan kelompok hamba. Kelompok ini lebih dikenalai sebagai jomo sepu limo (orang 15), jomo sepu (orang 10), jomo pitu (orang 7), dan jomo limo (orang 5). Walaubagai manapun, kelompok orang 5 (sebagai kelompok hamba) telah dinaik taraf kepada kelompok biasa iaitu kelompok orang 7. Dalam hal-hal yang membabitkan kematian, terdapat perbezaan pemberitahuan kematian dalam kelompok ini. Dalam kelompok orang 15, mereka menggunakan paluan gong (adat balu-balu) untuk mengkhabarkan adanya kematian. Hanya kelompok ini sahaja yang dibenarkan memalu gong. Sekiranya terdapat kelompok orang 15, orang 7, atau orang 5 yang memalu gong maka mereka akan dikenakan denda adat yang setimpal dengan kesalahan tersebut.
 Adat balu-balu merupakan langkah pertama yang dilakukan oleh sesebuah keluarga apabila berlakunya kematian dalam ahli keluarga mereka. Adat balu-balu ini juga lebih dikenali sebagai upacara pemberitahuan kepada orang ramai tentang berlakunya kematian. Dalam upacara balu-balu ini, gong akan dibunyikan. Kaedah pukulan gong pula mempnyai cara yang tersendiri untuk membezakan jantina si mati dan menentukan sama ada si mati adalah kanak-kanan atau dewasa. Paluan gong akan dikenakan sebanyak 11 kali bagi si mati lelaki dewasa, 9 kali bagi si mati dewasa perempuan, budak besar sebanyak 7 kali paluan, dan budak kecil sebanyak 5 kali. Kesemua paluan haruslah dipalu secara berterusan sebanyak tiga kali berturui-turut tanpa henti dengan irama tertentu. Lazimnya, dua orang pemukul gong akan saling berbalas pukulan gong.

Upacara Memandikan  & Mengafankan mayat
Dalam adat kematian etnik Bajau,upacara memandikan & mengafankan mayat adalah suatu kewajipan. Menurut etnik Bajau, ketika sesorang yang sudah meninggal dunia, akan dibacakan doa dan mayat akan ditutup dengan kain. Mayat sebut akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama islam, seperti memandikan, mengkafankan dan disembahyangkan.
             Sebelum mayat dikebumikan,mayat tersebut akan dimandikan terlebih dahulu dengan beberapa air berserta ahli agama yang lazimnya terdiri daripada lima atau tujuh orang dewasa dan tiga atau empat bagi kanak-kanak. Upacara Memandikan dan mengafankan mayat dimulai dengan mayat akan dicebok yang bermaksud dikeluarkan najisnya. Perkara tersebut akan dilakukan oleh Imam atau pun ahli agama yang lain berperanan sebagai pembantu. Selepas  dicebok, kemudian ia akan dimandikan. Pada ketika mayat tersebut dimandikan, mayat akan dibaringkan diatas lantai yang tidak beralas. Badan mayat akan digosok dengan sabun sementara imam menyiram air suci ke badannya. Air yang digunakan itu mestilah telah ditapis dengan kain putih, diasap dengan kemenyan dan dibacakan dengan ayat-ayat suci oleh imam supaya terlepas daripada segala kotoran.
             Setelah mayat tersebut telah dimandikan, rambutnya akan dibersihkan. Bagi menghilangkan daki rambut mayat, mereka juga akan menggunakan “air lubi” atau dikenali sebagai air santan. Setelah daki hilang, barulah rambut si mati akan dicucikan dengan air yang bersih. Penggunaan air lubi tersebut akan disusuli dengan ‘air sembilan’. Air ini merupakan air yang suci yang akan ditapis sebaik-baiknya dengan menuangkan air biasa ke dalam cerek yang mulutnya akan ditutupi dengan kain putih  serta diasapkan dengan kemenyan terlebih dahulu sebelum dituangkan ke dalam cerek. Air ini hendaklah disiramkan  ke badan si mati dari kepala hinggalah ke kaki dan digunakan sebanyak 9 mangkuk. Selepas selesai dimandikan mayat tersebut, barulah boleh dikafankan.
             Mayat akan dikafankan sebanyak dua lapisan. Lapisan pertama terdiri daripada  baju dan seluar putih. Setelah itu, mayat akan dibungkus dengan sehelai kain putih yang merupakan lapisan kain kafan yang kedua. Seterusnya si mati akan disembahyangkan oleh orang ramai yang menghadiri upacara tersebut. Cara-cara mayat disembanyangkan juga mengikut orang Bajau iaitu sama seperti sembahyang mayat bagi masyarakat islam yan lain.

Proses Penghantaran dan Pengebumian Jenazah
              Proses penghantaran jenazah ke tanah perkuburan akan dilakukan apabila mayat telah dimandi dan dikafankan. Penghantaran jenazah yang dilakukan akan diiringi oleh ahli keluarga si mati, saudara mara serta sahabat handai. Mengikut adat kematian kaum Bajau, semasa dalam perjalanan penghantaran jenazah ke tanah perkuburan, paluan balu-balu akan dilakukan bagi menandakan  berlakunya kematian. Paluan balu-balu tersebut akan berterusan sehingga sankap-sangkap atau keranda diturunkan. Paluan balu-balu ini akan disertakan dengan nyanyian tradisi iaitu syair orang mati atau dalam bahasa Bajau dikenali sebagai Sair Jomo Matai.
Syair ini akan dinyanyikan sebagai simbolik untuk mengucapkan selamat tinggal oleh keluarga si mati. Semasa syair tersebut dinyanyikan, acara ‘Pesuk’ turut dijalankan. Acara ‘pesuk’ ini merupakan acara dimana keluarga si mati dan saudara mara akan lalu di bawah keranda tersebut sebanyak tiga kali semasa keranda tersebut diangkat. Hal ini demikian kerana, mengikut kepercayaan masyarakat bajau, perkara ini bertujuan agar keluarga si mati dan saudaranya tidak merindui si mati kerana bagi mereka yang telah pergi tetap pergi dan yang hidup harus meneruskan kehidupan.
              Sebelum proses pengebumian tersebut dijalankan, keluarga si mati dan saudara mara akan meletakkan bunga yang digelar sebagai ‘mayang pinang’ di atas keranda dan juga akan ditaburkan di atas kuburan si mati.  Ini adalah sebagai tanda kasih sayang oleh keluarga dan saudara mara kepada si mati. Selepas dikebumikan, bacaan ayat-ayat suci al-Quran akan dibacakan dan akan didirikan kelambu jomo matai yang diperbuat daripada bambu sebagai bingkai dan kain putih sebagai penutup. Hal ini bertujuan untuk melindungi tempat pengebumian si mati dari perkara-perkara yang tidak diingini.
              Bagi masyarakat bajau, upacara pengebumian adalah berbeza mengikut kedudukan seseorang itu. Hal ini dapat dilihat melalui hiasan sangkap-sangkap atau keranda si mati. Sebagai contoh, jika si mati merupakan orang kenamaan maka sangkap-sangkap atau kerandanya akan dihiasi dengan lebih cantik manakala bagi masyarakat biasa kerandanya adalah biasa-biasa sahaja.

Adat Bejogo
Selepas pengebumian jenazah, adat  ‘ Bejogo ‘ adalah adat dan kepercayaan suku kaum Bajau Kota Belud yang masih diamalkan sehingga hari ini. ‘ Bejogo ‘ bermaksud berjaga. Acara berjaga ini dibuat selepas kelahiran anak, sewaktu sakit tenat atau meninggal dunia. Bejogo selepas kelahiran pengisiannya adalah dengan bermain daun terup , sakit tenat dengan membaca yasin dan mati pula dengan membaca al quran, Tujuan bejogo agar bayi, si sakit tenat dan si mati tidak diganggu oleh balan-balan iaitu sejenis mahluk menyerupai syaitan jadian. Menurut cerita balan-balan ini pada asalnya manusia biasa dan apabila dirasuk maka menjadi mahluk luar biasa , tidak kelihatan dengan mata kasar kecuali bunyinya dan air liurnya menitis seperti bintang-bintang. Balan-balan ini akan membunuh bayi atau si sakit untuk dimakan bersama keluarganya. Balan-balan ini juga disebut sebagai 'Selambadut' . Ia terbang ( kepala dan tali perut sahaja ).
Bejogo juga dilakukan di kubur si mati . Kubur si mati akan dijaga bagi mencegah balan-balan mengorek semula kubur si mati. Kubur si mati dijaga berdasarkan kedudukan si mati di dalam masyarakatnya. Jika si mati adalah pembesar dan berketurunan Datu , kuburnya akan dijaga 40 hari ( siang dan malam ) . Jika pembesar biasa sahaja kuburnya akan dijaga selama 20 hari manakala orang dewasa biasa selama 10 hari dan kanak-kanak biasa selama 7 hari.
Berjogo dilakukan untuk menjaga bengkai-bengkaian tersebut. Ahli keluarga bergilir-gilir menjaga atau bejogo bengkaian tadi. Pada malam hari selama tujuh hari tersebut rumah si mati akan dipenuhi oleh ahli keluarga dan penduduk kampong yang berdekatan datang turut serta dalam berjogo ini. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan daripada simati diambil oleh makhluk lain yang dinamakan Balan-Balan. Selain itu, masyarakat takut binatang seperti kucing datang mendekati bengkaian tadi akan ‘mengejutkan’ si mati dan bangkit dari kubur.
Sepanjang berjogo ini ahli keluarga akan bergilir-gilir membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk disedekahkan kepada si mati. Menurut cerita orang tua-tua zaman dahulu, apabila balan-balan ini dapat menjelirkan lidahnya kearah bengkai-bengkaian ini, dipercayai mayat si mati tadi telah diambil oleh balan-balan tersebut. Oleh sebab itulah bengkai-bengkaian ini amat dijaga dan tidak dibiarkan begitu saja tanpa seorang wakil.  Malah sebilangan mereka sangat mempercayai dan takut akan terkena tulah atau malapetaka sekiranya mereka tidak percaya dengan kepercayaan nenek moyang mereka turun temurun.

Kenduri arwah (mangan bangi), dan adat Duang bajau
          Kenduri arwah dan tahlil adalah amalan yang dilakukan dengan membaca ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa diniatkan untuk simati. Majlis kenduri arwah lebih dikenali dengan masyarakat berkumpul beramai-ramai dan dihidangkan makanan di rumah si mati. Kebiasaannya kenduri arwah ini diadakan sama ada pada hari kematian, dihari kedua, ketiga, ketujuh, keempat puluh, keseratus, setahun dan lebih dari itu. Lazimnya, kenduri mangan bangi ini akan diadakan selama tujuh hari tujuh malam. Sepanjang tujuh hari tujuh malam tersebut, kenduri akan dibuat seawall pagi (jam 5 pagi) dan sebelah petang dibuat selewatnya jam 3-5 petang. Selain itu, kenduri yang lebih besar untuk memperingati si mati akan dibuat pada hari ketujuh (dalam kiraan hari keenam), pada hari keempat puluh (dalam kiraan ke-39), hari ynag keseratus hari (dalam kiraan 99 hari), dan hari genap setahun (kiraan 354 hari) pemergian si mati.
Kenduri arwah ini tidak digalakkan dalam islam mengikut mazhab syafie. Selain itu, masyarakat terdekat juga akan datang ke kenduri tersebut. Masyarakat akan datang kerumah keluarga si mati untuk mengucapkan ta’ziyah kepada keluarga tersebut. Dalam pada itu, terdapat juga kenduri-kenduri kecil yang akan dibuat oleh keluarga si mati, iaitu pada hari ke-10, 20, 30, 50, 60, 70, 80, dan 90 hari kematian.
 Selain itu, Dari sudut keluarga si mati pula, mereka akan menghidangkan makanan kepada tetamu yang datang kerumah tersebut. Hal ini bercanggah dengan sesetengah pihak yang mengikuti mazhab syafie kerana akan menyusahkan dan menambahkan kesedihan keluarga si mati . walaubagaimanapun, kenduri arwah ini merupakan sesuatu berkaitan dengan agama islam dan masyarakat beragama islam yang percaya bahawa doa-doa boleh menolong simati semasa dalam alam kematian.
Masyarakat bajau merupakan masyarakat yang beragama islam. Oleh itu, Kenduri arwah ini dilakukan oleh masyarakat bajau di sabah (sama) kerana mengikuti amalan yang diturunkan oleh nenek moyang mereka yang beragama islam. Kenduri ini dilakukan mengikut kiraan hari kematian dan dikenali sebagai “bangi” iaitu hari kematian. Kiraan ini adalah pada hari kamatian iaitu hari pertama, hari ketiga, hari kelima, hari ketujuh, hari kesepuluh dan setrusnya 10 hari kiraan selepas kenduri hari kesepuluh sehingga kenduri hari keseratus. Kiraan kematian ini berkaitan dengan “bejogo” iaitu adat yang dilakukan oleh masyarakat bajau yang akan berjaga di kuburan simati sehingga habis “bangi” ke tujuh.
Selain itu, kenduri juga dikenali sebagai “meseduo” bagi masyarakat bajau dan telah menjadi sebuah adat resam turun temurun. Kenduri arwah ini dilakukan oleh keluarga si mati dan dibantu oleh jiran-jiran dan penduduk kampung yang berkenaan. Kebiasaanya, Masyarakat bajau(sama) mengamalkan keluarga simati yang akan menyediakan makanan untuk tetamu. Hal ini bercanggah dengan islam mengikut imam syafie atau lebih dikenali sebagai mazhab syafi’e . Walaubagaimanapun, sesetengah masyarakat juga akan menyedekahkan makanan kepada keluarga simati dan sesetengah juga akan membantu keluarga si mati dalam menyediakan dan melakukan kenduri untuk simati. hal ini akan meningkatkan perpaduan bangsa bajau tersebut. 
Penduduk kampung akan dijemput untuk ke majlis kenduri arwah tersebut. Kenduri arwah ini dijalankan oleh penduduk masyarakat bajau mengikut hari kematian. Hari-hari tersebut adalah hari pertama, hari ketiga, hari kelima dan hari ke 7 kematian hari kesepuluh dan 10 hari kiraan selepas hari kesepuluh. Hal ini juga terpesong sedikit dari agama islam kerana agama islam menganggap perbuatan tersebut sebagai bid’ah.  Kenduri ini diadakan dengan membaca tahlil dan doa. Pada hari ketujuh kematian iaitu pada kenduri ketujuh arwah kelima puluh dan keseratus, kenduri dilakukan dengan cara yang lebih besar dengan memanggil ramai penduduk kampung.
Selain itu pada hari ke tujuh ini, masyarakat bajau akan menyediakan “duang” iaitu sebungkus barangan yang kebiasaannya adalah makanan kepada penduduk yang hadir. Duang merupakan sedekah si mati dan ahli keluarga kepada jemputan yang hadir pada sesebuah kenduri. Penyediaan Duang  bergantung kepada kemampuan keluarga si mati. Semasa kenduri kematian, Duang terbahagi kepada dua jenis iaitu duang rumah dan duang tampu. Duang rumah disediakan oleh tuan rumah yang mengadakan magan bangi. Makanan bagi duang tampu akan dibawa atau disediakan oleh individu yang turut memberi sedekah kepada sanak-saudara mereka yang meninggal dunia. Penyediaan duang rumah biasanya secara ala kadar sahaja.
 Duang rumah mengandungi bahan-bahan makanan asas seperti nasi dal lauk-pauk, kuih-muih, dan bahan makanan yang difikirkan sesuai berdasarkan kemampuan tuan rumah. Semasa kenduri, masyarakat bajau kebiasaannya akan menghidangkan kuih penjaram dan juga kuih bahulu .kuih ini dihidangkan sebelum bermulanya kenduri. Selepas majlis kenduri tersebut, masyarakat bajau akan menghidangkan tetamu yang datang dengan makanan yang lebih berat seperti nasi dan juga pulut yang juga lebih dikenali sebagai “kalas”. Selain itu, kuih ini juga kadangkala akan dimasukkan ke dalam “duang” tersebut.Kadang-kala terdapat juga kain pelikat, kain sarung, atau sejadah akan ditambah dalam duang.
Duang tampu pula bersifat agak mewah kerana selalunya individu yang bersedekah akan menyediakan sebakul atau dua bakul duang yang agak besar. Terdapat satu lagi jenis duang yang akan mengetuai kedua-dua jenis duang rumah dan duang tampu tadi. Duang tersebut dikenali sebagai tekok duang. Tekok duang dianggap sebagai kepala atau ketua duang yang akan mendahului semua jenis duang. Tekok duang ini lazimnya disediakan sebanyak dua atau tiga duang. Tekok duang terlebih dahulu harus diserahkan kepada tetamu sebelum duang lain. Tekok duang mengandungi kesemua makanan yang terdapat pada duang-duang yang lain namun tekok duang harus menggandakan semua jenis makanan tersebut. Misalnya, jika dalam duang rumah hanya terdapat satu kuih penyaram, kuih tersebut perlu dimasukkan sebanyak dua bungkus kedalam tekok duang. Demikian juga bagi jenis makanan yang lain. Selepas kenduri, tekok duang perlu diserahkan terlebih dahulu kepada individu yang mengetuai pembacaan Yassin dan membacakan doa tahlil.
          Bagi individu yang bersedekah melalui pemberian duang ini, mereka percaya bahawa duang yang mereka buat akan ‘sampai’ kepada si mati (walaupun si mati telah meninggal dunia bertahun-tahun lamanya). Selain itu, mereka juga percaya duang tersebut akan ‘membantu dan memberi makan kehidupan’ si mati di alam selepas mati kelak. Dalam hal ini, masyarakat bajau tradisi percaya bahawa roh si mati akan menziarahi keluarganya sepanjang tempoh 100 hari kematiannya. Majlis memperingati kematian adalah upacara pengucapan doa-doa dan bertujuan memberi makan atau sedekah kepada ahli-ahli keluarga dan si mati itu sendiri. Situasi ini memperlihatkan kepercayaan masyarakat bajau bahawa mereka percaya si mati akan ‘kembali’ ke rumah untuk mengunjungi keluarganya. Penyediaan duang-duang juga bukan sahaja dibuat semasa upacara mangan bangi tetapi turut dibuat semasa hari-hari tertentu seperti bulan Ramadhan, bulan Syawal atau kenduri-kenduri kesyukuran lain. Walaubagai manapun, duang-duang yang disediakan agak kecil bentuknya dan tidak sebesar atau semewah duang yang disediakan semasa mangan bangi.

PANTANG LARANG
Bagi kaum Bajau, mereka mempercayai bahawa pantang larang sesuatu kematian melibatkan keseluruhan keluarga, saudara-mara, bahkan seluruh penduduk kampung si mati agar kecelakaan atau sebarang malapetaka yang tidak diingini tidak akan menimpa mereka. Oleh itu, semasa proses-proses pengurusan jasad si mati dilaksanakan, terdapat juga pantang larang lain yang perlu diikuti oleh keluarga, saudara-mara dan penduduk kampung  si mati. Antaranya termasuklah tidak boleh memecahkan barangan seperti gelas, mangkuk dan pingan, tidak boleh membakar sampah sarap yang menjadi makanan kecuali membakar sampah sarap, tidak boleh melakukan sebarang pekerjaan misalnya menjahit, menganyam atau bertukang, tidak boleh membuang kutu dari rambut, tidak boleh bersin di rumah si mati, dan tidak boleh membersihkan rumah pada hari pertama sehinggalah hari ketujuh kematian si mati. Selain itu, terdapat juga pantang larang yang harus dipatuhi oleh isteri si mati (balu) iaitu tidak boleh menyapu rumah dan menyisir rambut selama seminggu dari kematian suaminya. Tempat tidur (bengkaian) si mati juga harus di jaga dengan rapi selama seminggu dari kematiannya. Masyarakat kampung juga tidak boleh bersuka ria seperti bermain alat muzik, berkaroke, dan berkompang.

KESIMPULAN

            Kesimpulannya, adat kematian dalam kaum Bajau di Sabah mempunyai banyak proses, peraturan, dan pantang larang. Proses ini merangkumi adat Balu-Balu, upacara memandikan dan mengafankan jenazah, upacara penghantaran dan pengebumian jenazah, adat bejogo, kenduri arwah atau mangan bangi dan adat duang. Sebahagian pantang larang dan peraturan ini masih diamalkan oleh masyarakat Bajau sehingga sekarang seperti upacara memandikan dan mengebumikan jenazah. Namun, perubahan yang berlaku dalam masyarakat Bajau kini dalam aspek pendidikan dan pembangunan hidup menyebabkan mereka telah menyesuaikan peraturan dan adat tersebut mengikut kesesuaian agama Islam dan norma hidup masa kini. Adanya Ahli Jawatankuasa Agama Islam juga telah membuka minda dan penerimaan masyarakat Bajau tentang pentingnya sesuatu adat dan kepercayaan yang diamalkan itu diselidiki dan diamati terlebih dahulu menurut hukum agama Islam yang mereka anuti. Kemampuan masyarakat Bajau dalam menilai beberapa adat dan peraturan dalam kematian kaum Bajau ini menyebabkan mereka telah melakukan beberapa perubahan kecil keatas adat kematian Bajau ini mengikut kesesuaian dan kemampuan mereka. Misalnya, kepercayaan dalam menyediakan duang yang berlebihan dan kelihatan mewah  dalam adat mangan bangi telah ditukar kepada kenduri yang dijalankan mengikut kemampuan atau kecil-kecilan. Hal ini kerana, sikap berlebih-lebihan bukan sahaja menyusahkan keluarga si mati dalam menyediakan perbelanjaan membeli makanan dan peralatan lain bahkan sikap menunjuk-nunjuk tidak digalakkan dalam agama Islam. Walaubagai manapun, walaupun adat kematian kaum Bajau ini dilihat sebagai suatu warisan turun temurun nenek moyang mereka namun, terdapat juga beberapa peraturan dalam adat ini yang dilihat sebagai symbol atau pun nilai-nilai yang terdapat dalam ajaran Islam. Misalnya, dalam upacara memandikan dan mengafankan mayat serta bacaan al-quran dan bacaan doa tahlil yang dilakukan dalam adat kematian ini. Sehubungan dengan itu, adat dan peraturan yang bercirikan nilai-nilai Islam ini telah dikekalkan sehingga ke hari ini dalam adat kematian Bajau di Sabah. 

Khamis, 3 April 2014

IBU RATU HATI KU

RINDU SEORANG ANAK UNTUK IBU




                        Saya terpanggil untuk berkongsi tentang ibu...di mana saya melihat sendiri bagaimana seorang ibu itu melalui saat-saat duka dalam melalui kehidupannya...Ibu, seorang wanita yang bermartabat dan tinggi pekertinya...dia yang melahirkan, mengasuh, dan membelai hingga ke hayat yang terakhir...Aku melihat sendiri bagaimana seorang ibu terpaksa melalui tekanan sendirian...melalui kehidupan yang tiada penghujung ujiannya..Walau disakiti, dikecewakan, dan dihimpit dengan dugaan..seorang ibu akan tetap tabah melaluinya..

                 
                     Kadang kala aku terfikir...bagaimana seorang anak mampu meninggalkan seorang ibu yang kesepian dan keseorangan...sedangkan seorang anak sedang berbahagia dan sering kali menikmati keseronokan nun jauh sana? kadang kala aku terfikir...mengapa seorang anak mampu meninggalkan seorang ibu tanpa khabar berita walau setiap hari??minggu??apatah lagi berbulan dan bertahun lamanya??Sedangkan ibu semakin meniti hari-hari tuanya...mungkin dari luarannya amat bijak menyembunyikan sayu dihati...tapi, siapa kita untuk menyelami naluri seorang ibu yang inginkan belaian dan perhatian??? Sedarkah kita sebagai seorang anak...kita tidak mampu melawan takdir bila ibu kita akan pergi meninggalkan kita...


                     Selalu kita sebagai anak mempertahankan kehidupan kita...menyatakan bahawa kita mencari sesuap nasi dan mencari sebuah kejayaan yang mampu memberi kehidupan dan kebahagian kepada insan yang bergelar ibu...Seringkali kita mempertahankan bahawa kita sebagai anak wajib "bertapa" untuk mencari sesuap nasi demi ibu...Namun, sedarkah kita...bahawa setelah sekian lamanya kita telah melukai hati ibu...Kita menggunakan ruang masa yang terlalu banyak untuk menjarakkan hubungan dengan ibu.. yang sepatutnya kita gunakan waktu itu untuk membuat ibu tersenyum dihadapan kita..sedarkah bahawa kita hanya berkongsi rasa kasih dan sayang tidak sampai sehari dalam seminggu bersama ibu dan selebihnya kita lebih sanggup menumpukan kehidupan duniawi semata-mata...

               Sedangkan, seorang ibu tidak sanggup melihat seekor nyamuk pun hinggap dikulit bayi ketika kita kecil dulu...Sedangkan seorang ibu tahu bagaimana perasaan kita disaat kita kecewa, putus asa dan diuji dengan pelbagai kesilapan kita sendiri....Sedangkan seorang ibu sentiasa menanti kepulangan kita...Sedangkan seorang ibu sentiasa bimbang tentang kita...


                " Sesungguhnya, seorang ibu hanya memerlukan belaian dan rasa difahami...dan tidak ada yang lebih daripada itu...Sesungguhnya ibu adalah anugerah yang terindah dalam kehidupan ini...Doakan ibu...ingatlah ibu....kerana walau sesibuk mana pun seorang ibu..dihati dan ingatannya hanya ada kita..."



Erti Hidup

          Tidak semua impian itu mampu dicapai...mungkin ia memerlukan sebuah pengorbanan yang besar...kesabaran...dan kekuatan mental yang tinggi..tapi, tidak semua mampu melalui semua itu. Dan  satu yang pasti adalah sentiasa memahami dan mengingati bahawa dari manakah kita "bermula" sejak dilahirkan? siapakah yang mewujudkan kita? 

           Melalui kesedaran inilah maka kita akan mampu menguasai kehidupan kita...melalui kesedaran inilah maka kita akan lebih bersyukur untuk melalui sisa-sisa kehidupan di dunia ini...walaupun melalui saat-saat yang mengecewakan...kerana kita mula sedar bahawa "kehidupan yang simple" itu juga melayakkan kita untuk menikmati kehidupan yang bahagia...bukan hanya melalui impian-impian yang terkandas...dan yang paling penting nikmat syukur itu akan lebih menyedarkan kita agar lebih menghargai kehidupan orang lain..ibu bapa, sahabat, dan orang lain yang banyak berjasa terhadap kita..
       
         Dan apabila hidup kita lebih memahami erti "menghargai"..maka kita akan mula sedar betapa singkat kehidupan ini dalam memperbaiki hubungan sesama manusia...kita mula sedar betapa indah dunia ini jika disulami dengan erti kasih sayang, kesederhanaan, dan yang paling penting ikhlas dan sentiasa bersyukur...


"Tanpa rasa syukur itu...hidup tidak akan bermakna..dan tidak pula menemukan kita kepada sesuatu yang "baik" di dunia yang sementara ini "